WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

SERTAI REAL MADRID ADALAH JALAN MUDAH BUAT NEYMAR - MOTTA

Neymar menandatangani kontrak dengan PSG dari Barcelona bernilai 222 juta Euro (RM1 bilion) pada permulaan musim


Back To Sports Updates

Menyertai Real Madrid dan bukannya cuba menjadi inspirasi kepada kejayaan Liga Juara-Juara di Paris Saint-Germain (PSG) akan melihat Neymar seperti mengelak "cabaran sebenar", menurut bekas rakan sepasukannya, Thiago Motta.

Neymar menandatangani kontrak dengan PSG dari Barcelona bernilai 222 juta Euro (RM1 bilion) pada permulaan musim.

Ada yang mendakwa dia adalah jawapan kepada teka-teki dalam obsesi PSG terhadap kejayaan Liga Juara-Juara Eropah, tetapi untuk tahun kedua berturut-turut mereka gagal melepasi pusingan 16.

Walaupun secara konsisten berada dalam skuad utama, menjaringkan 19 gol dan membuat 13 bantuan gol dalam Ligue 1 sebelum kecederaan menamatkan musimnya pada Februari lalu, Neymar sering kali terganggu dengan laporan yang mendakwa dia mahu berpindah ke Real Madrid.

Tetapi Motta, yang dijangka menjadi jurulatih skuad bawah 19 tahun PSG, menasihatinya agar menolak perpindahan itu, menganggap menyertai Madrid adalah keputusan yang mudah.

Bercakap kepada Le Parisien, Motta berkata: "Saya fikir dia (Neymar) adalah bos (kepada nasibnya). Dia mampu membuat keputusan sendiri. Saya mungkin salah tetapi itulah yang saya lihat.

"Bagi saya, dia akan kekal musim depan. Kita dengar tentang Real Madrid, tetapi apa yang akan dia lakukan di sana? Real baru saja memenangi tiga Liga Juara-Juara berturut-turut.

"Apa yang akan menjadi cabaran baginya? Jika dia minta nasihat saya, saya akan beritahunya jangan pergi ke sana. Cabaran sebenar untuk Neymar adalah memenangi Liga Juara-Juara dengan PSG."

Sumber: AWANI