WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

REAL MADRID PERTAHAN UCL BUAT KALI KETIGA BERTURUT-TURUT

Sergio Ramos mengangkat trofi selepas Real Madrid memenangi final Liga Juara-Juara di Stadium Olimpiyskiy di Kiev, Ukraine, 26 Mei, 2018


Back To Sports Updates

REAL MADRID 3 LIVERPOOL 1

Penyerang Real Madrid, Gareth Bale, menuntut aksi lebih kerap dalam kesebelasan utama sambil memberi isyarat untuk berpindah dari Santiago Bernabeu selepas membantu skuad kendalian Zinedine Zidane itu mempertahankan Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga berturut-turut dengan mengatasi Liverpool.

Bale meledak jaringan hebat melalui sepakan gunting pada minit ke-64 sebelum membenam gol ketiga ketika permainan berbaki tujuh minit menerusi rembatan deras sambil dibantu oleh kesilapan penjaga gawang Liverpool, Loris Karius, untuk kemenangan 3-1 di Kiev, Ukraine, awal pagi tadi.

Zidane menyenaraikan Karim Benzema dalam barisan utamanya dan pemain dari Perancis itu menghukum Karius untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-51 sebelum Sadio Mane segera mengikat kedudukan.

Bale kemudian mengambil kesempatan untuk menjawab persoalan sama ada dia mungkin akan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL), bekas bintang Tottenham Hotspur itu meluahkan kekecewaan atas peranan utama yang terhad di Madrid.

"Saya perlu bermain setiap minggu dan itu tidak berlaku pada musim ini atas beberapa kekangan," kata pemain Wales itu yang dikaitkan dengan Bayern Munich, awal tahun ini kepada BT Sport.

"Saya cedera selama lima atau enam minggu pada awal musim ini tetapi sejak itu, saya cergas.

"Saya perlu berbincang dengan ejen saya dan membuat keputusan."

Bale mengesahkan detik cemerlang itu didorong oleh keinginannya untuk membuktikan sesuatu setelah dipinggirkan di bangku simpanan meskipun merakamkan lima gol dalam empat perlawanan terakhir LaLiga musim ini.

"Jelas sekali saya sangat kecewa untuk tidak memulakan permainan," kata pemain berusia 28 tahun itu. "Saya rasa saya layak tetapi pengurus membuat keputusan itu.

"Apa yang terbaik yang boleh saya lakukan adalah memberi kesan (dalam permainan) dan itulah yang saya lakukan.

"Ia merupakan (jaringan terbaik dalam kerjaya saya). Tidak ada peringkat yang lebih besar daripada final UCL dan saya gembira untuk mendapatkan kemenangan."

Sumber: AWANI