WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MALAYSIA TEMU INDONESIA DI SUKU AKHIR PIALA THOMAS

Skuad Piala Thomas negara yang muncul sebagai naib juara Kumpulan D akan bertemu dengan musuh tradisi, Indonesia dalam saingan suku akhir


Back To Sports Updates

BANGKOK: Skuad Piala Thomas negara yang muncul sebagai naib juara Kumpulan D akan bertemu dengan musuh tradisi, Indonesia dalam saingan suku akhir di Impact Arena, hari ini.

Lawan Malaysia pada peringkat suku akhir itu ditentukan dalam undian yang dilakukan selepas berakhirnya perlawanan peringkat kumpulan lewat malam tadi.

Juara bertahan Piala Thomas yang juga juara Kumpulan D, Denmark diundi bertemu Kanada dalam pertemuan suku akhir, manakala Jepun bertemu Perancis manakala China pula akan bertemu Taiwan.

Bagi Piala Uber pula, juara bertahan China akan bertemu Denmark manakala tuan rumah, Thailand akan bertemu dengan Indonesia, Korea Selatan menentang Kanada dan Jepun pula bertemu dengan Taiwan.

Sumber: Bernama