WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

RONALDO, CARVAJAL KEMBALI PULIH

Ronaldo terlepas dua perlawanan terakhir LaLiga selepas mengalami kecederaan buku lali pada babak pertama ketika seri 2-2 bersama Barcelona, 6 Mei


Back To Sports Updates

CRISTIANO Ronaldo dan Dani Carvajal kembali menjalani penuh bersama skuad utama Real Madrid.

Bintang Portugal, Ronaldo, terlepas dua perlawanan terakhir LaLiga selepas mengalami kecederaan buku lali pada babak pertama ketika seri 2-2 bersama Barcelona, 6 Mei.

Sementara itu, Carvajal telah diketepikan akibat kecederaan hamstring sejak pertemuan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara bertemu Bayern Munich.

Madrid memuat naik rakaman sesi terakhir latihan di Twitter dengan menunjukkan pasangan berkenaan kelihatan cergas semasa latihan individu tanpa rasa tidak selesa.

Mereka kemudian mengambil bahagian dalam latihan sepasukan bersama pemain lain di bawah tunjuk ajar Zinedine Zidane.

 

 

Madrid akan bertemu Villarreal dalam perlawanan terakhir La Liga musim ini sebelum mengakhiri kempen mereka dengan aksi final Liga Juara-Juara menentang Liverpool di Kiev pada 27 Mei.