• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

SAYA TIDAK PERLU BERSAING DENGAN RONALDO UNTUK JADI YANG TERBAIK - MESSI

MESSI: Saya tidak bersaing dengan Cristiano, ia menjadi rangsangan buat saya untuk melihat mereka memenangi liga atau berada dalam final UCL


Back To Sports Updates

Lionel Messi menegaskan dia tidak bersaing dengan Cristiano Ronaldo untuk dijulang sebagai pemain terbaik dunia sungguhpun mengakui bermotivasi untuk menonton aksi perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) melibatkan Real Madrid dengan Liverpool, minggu depan.

Duo penggempur berkenaan saling merebut Anugerah Ballon d'Or antara mereka sejak 2008, masing-masing memenangi lima kali dan dianggap sebagai pemain bola sepak terbesar dalam generasi mereka.

Perdebatan mengenai siapa yang lebih baik terus berlegar, lebih-lebih lagi gelagat Ronaldo yang mendakwa dia seharusnya dilihat yang terbaik dalam sejarah ketika meraih Ballon d'Or buat kali kelima pada Disember lalu.

Messi, bagaimanapun, mengatakan dia tidak berminat untuk diiktiraf sebagai yang terbaik walaupun bersedia menonton Ronaldo dan Madrid beraksi dalam perlawanan akhir ketiga Eropah berturut-turut selain menganggapnya sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya.

"Saya tidak bersaing dengan Cristiano," katanya kepada TyC Sports. "Ia menjadi rangsangan buat saya untuk melihat mereka memenangi liga atau berada dalam final UCL. Saya mahu memenangi LaLiga dan UCL."

Tambahnya lagi: "Matlamat saya bukan untuk menjadi yang terbaik dalam sejarah, hakikatnya perkara-perkara ini sering dikaitkan dengan saya, itu sahaja. Saya tidak pernah mahu menjadi yang terbaik, kedua, ketiga atau keempat terbaik.

"Saya bersaing untuk memperbaiki diri, tahun demi tahun bagi melepasi pencapaian sebelum ini. Lebih banyak trofi yang saya menangi pada akhir musim, lebih baik dan jelas sekali bersama pasukan kebangsaan, ia merupakan sesuatu yang saya tidak dapat lakukan."

Ronaldo meraih kejayaan besar di England ketika memperkuatkan Manchester United sebelum menyertai Madrid pada tahun 2009 setelah memulakan kariernya dengan Sporting CP, sementara keseluruhan kehidupan profesional Messi pula adalah di Camp Nou.

Begitupun, pemain berusia 30 tahun itu tidak fikir dia perlu berpindah ke liga lain sebelum bersara bagi membuktikan sebarang keraguan terhadapnya.

"Saya tidak perlu menyertai pasukan lain untuk membuktikan apa-apa kepada sesiapa pun," katanya.

"Anda melihat liga lain tetapi ketika membuat keputusan, sukar untuk meninggalkan Barcelona."

Sumber: Awani