• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

CHONG WEI SOKONG INISIATIF BWF PERBAIKI SUKAN BADMINTON

Chong Wei berkata, inisiatif berkenaan mampu merevolusikan sukan badminton ke peringkat lebih baik


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyokong beberapa inisiatif yang dicadangkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam memperbaiki kualiti sukan berkenaan ke tahap lebih baik.

Pemain ranking ketujuh dunia itu menyifatkan inisiatif berkenaan mampu merevolusikan sukan badminton ke peringkat lebih baik selaras dengan perubahan teknologi sukan tersebut pada masa ini.

"Kita lihat dahulu keputusan akan dibuat BWF pada penghujung minggu ini tetapi kita sebagai pemain semestinya harus bersedia menerima pembaharuan berkenaan.

"Sebagai contoh, kalau sistem kiraan 11 mata x lima set itu diperkenalkan, ia memang bagus untuk saya memandangkan saya sudah berusia dan harus berdepan dengan pemain muda yang lebih bertenaga," kata Chong Wei.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian penutupan kem motivasi skuad badminton negara yang disempurnakan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

BWF dijangka membentangkan beberapa inisiatif dalam Mesyuarat Agung Tahunannya pada 19 Mei ini yang diadakan serentak dengan pusingan akhir Piala Thomas/Piala Uber di Bangkok, Thailand.

Antara inisiatif berkenaan adalah mengurangkan masa jurulatih berada di gelanggang, penukaran sistem kiraan 21 mata x tiga set kepada 11 mata x lima set dan ketinggian sama bagi servis.

Sumber: Awani