WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

HAFIZH FOKUS RAIH MATA DI PERANCIS

Hafizh menampilkan permulaan baik musim ini selepas meraih mata di Qatar dan Argentina tetapi mengalami kemalangan di Austin


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan di Jerez, Hafizh Syahrin Abdullah bersemangat tinggi untuk menunjukkan persembahan terbaik buat peminat pasukannya, Monster Yamaha Tech3 di Grand Prix (GP) Perancis hujung minggu ini.

Hafizh menampilkan permulaan baik musim ini selepas meraih mata di Qatar dan Argentina tetapi mengalami kemalangan di Austin.

Malah, dia juga hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 di Jerez, minggu lalu apabila bergelut dengan kecederaan dialami dalam kemalangan ketika berbasikal.

Pelumba MotoGP itu bagaimanapun mengesahkan bahawa dia sudah pulih sepenuhnya dan sangat dahagakan untuk mengutip lebih banyak mata.

"Saya tidak sabar untuk turun beraksi di Le Mans dan saya mahu melakukan yang terbaik untuk rakan pasukan kerana mereka semua warga Perancis. Ini perlumbaan di gelanggang kami dan pasti akan mendapat sokongan padu dari peminat," kata pelumba berusia 24 tahun itu.

"Saya mahu meneruskan persembahan terbaik seperti dalam tiga pusingan pertama. Perlumbaan di Jerez agak sukar selepas kemalangan basikal yang menimpa saya pada awal minggu.

"Sekarang kesakitan saya sudah hilang, saya kembali ke tahap 100 peratus, jadi saya mahu memberikan saingan kepada semua pelumba lain dan cuba mendapatkan mata sebanyak mungkin.

"Saya harap dapat kembali dengan prestasi cemerlang seperti sebelum ini dan saya tidak sabar untuk memulakan pusingan yang sangat penting bagi kami semua."

Hafizh tampil dengan prestasi yang baik Le Mans ketika berada dalam kategori Moto2, menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11 pada tahun lalu, tempat kelapan pada 2016 dan kesembilan pada 2015.

Sumber: Awani