WHAT'S NEXT

ANTAP MUSIC

12.00am - 02.00am

NEWCASTLE ATASI CHELSEA DALAM AKSI TERAKHIR EPL

Dua gol dalam tempoh empat minit daripada Ayoze Perez menyaksikan The Magpies melakar kemenangan bergaya Chelsea


Back To Sports Updates

NEWCASTLE 3 CHELSEA 0

Chelsea gagal mempamerkan aksi cemerlang untuk memastikan slot ke dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) apabila tewas 3-0 kepada Newcastle United, semalam.

Skuad kendalian Antonio Conte menjelang aksi final Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan memerlukan kemenangan, bekas juara EPL itu gagal mengulangi aksi yang cemerlang dengan mereka bergelut mendapatkan sentuhan terbaik.

Kemenangan 4-0 Liverpool ke atas Brighton and Hove Albion bermakna Chelsea perlu sekadar berpuas hati untuk saingan Liga Europa (UEL) walaupun meraih tiga mata di St James Park, tetapi aksi yang hambar The Blues menimbulkan persoalan mengenai semangat mereka menjelang aksi final Piala FA berdepan Manchester United, minggu depan.

Chelsea gagal melepaskan rembatan tepat ke sasaran dalam separuh masa pertama dan Dwight Gayle memberikan gol pendahuluan kepada Newcastle pada minit ke-23, meletakkan Rafael Benitez dalam landasan untuk melakar kemenangan pertama ke atas bekas pasukan kendaliannya serta menamatkan saingan di tangga ke-10 liga.

Gayle digantikan pada awal separuh masa pertama tetapi dua gol dalam tempoh empat minit daripada Ayoze Perez menyaksikan The Magpies melakar kemenangan bergaya Chelsea.

Sumber: Awani