• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

MANNY PACQUIAO JANJI AKSI PENUH BERTENAGA, MATTHYSSE TAK GENTAR BERENTAP IDOLA SENDIRI

Lucas Matthysse tidak merasakan sebarang tekanan untuk bertarung dengan Manny Pacquiao malah yakin dapat menewaskannya secara 'knockout'


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR bakal menjadi tumpuan dunia 15 Julai depan apabila legenda peninju dan bekas juara dunia, Manny Pacquiao bakal berentap dengan pemegang tali pinggang Kejuaraan Welterweight Kesatuan Peninju Dunia (WBA), Lucas Matthysse.

Walaupun Manny Pacquiao yang juga kini seorang ahli politik di Filipina tidak meletakkan sebarang sasaran dalam perlawanan itu, beliau berjanji akan memberi persembahan terbaik dan bertenaga untuk penonton yang akan hadir kelak.

“Saya rasa perlawanan itu akan menjadi pertarungan yang mudah untuk saya.

“Tetapi saya tidak akan memandang rendah terhadapnya dan perlu bekerja kuat bagi mencapai tahap 100 peratus untuk berentap dengan beliau,” kata beliau ketika majlis Sidang Media Pertarungan antara Juara membabitkan dua peninju berprofil tinggi itu, di ibu negara.

Berikut adalah pandangan Pacquiao tentang lawannya:

 

 

Bagi Lucas Matthysse pula, beliau tidak langsung tertekan berdepan dengan The Pac Man malah cukup yakin menewaskannya secara “knockout” sebelum pusingan ke-12.

 

Tali pinggang Kejuaraan Welterweight WBA yang bakal menyaksikan sama ada The Machine akan mempertahankan kejuaraan itu daripada dirampas The Pac Man.

 

“Sekalipun beliau mengetahui corak pertarungan saya, perkara yang lebih penting ialah persediaan rapi untuk bertarung dengannya,” kata beliau.

Beliau yang terkenal dengan gelaran The Machine, tidak langsung gentar berdepan legenda itu yang juga idola beliau malah akan bersedia segala-galanya untuk memenangi perlawanan itu.

Axiata Arena bakal menjadi medan 'pertarungan antara juara' yang merupakan perlawanan tinju terhebat selepas kali terakhir pada Julai 1975 Muhammad Ali dengan Joe Bugner.

Bagi para peminat sukan tinju yang ingin menyaksikan pertarungan hebat itu, tiket boleh mula didapati melalui laman web www.fightofchampions.com bermula 21 April.

Sumber: AWANI