WHAT'S NEXT

ANTAP MUSIC

12.00am - 02.00am

SANCHEZ ANGGAP WENGER SEBAGAI LEGENDA

Wenger dilihat sebagai legenda bola sepak dan seorang lelaki yang sering menunjukkan hormat dan profesionalisme


Back To Sports Updates

BINTANG Manchester United, Alexis Sanchez, mendedahkan bahawa dia menghubungi Arsene Wenger bagi mengucapkan tahniah kepada jurulatih kelahiran Perancis itu yang kini bersedia meninggalkan Arsenal.

Tempoh 22 tahun Wenger di Arsenal akan berakhir pada hujung musim ini selepas meraih tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan tujuh mahkota Piala FA.

Pemain antarabangsa Chile, Sanchez, dipikat Wenger dari Barcelona untuk beraksi bersama Arsenal pada 2014 dan kemudian mengambil keputusan meninggalkan Stadium Emirates pada Januari lalu.

Dan Sanchez memberi penghormatan kepada bekas pengurusnya itu selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 United ke atas Tottenham dalam separuh akhir Piala FA di Wembley, awal pagi tadi.

"Saya menulis kepadanya, bukan melalui media sosial tetapi saya menulis kepadanya secara peribadi. Saya memberi ucapan tahniah dan dia mengucapkan terima kasih kepada saya," kata Sanchez.

"Ia sedih kerana dia adalah legenda bola sepak, seorang lelaki yang sering menunjukkan hormat dan profesionalisme dan saya perlu memberi ucapan terima kasih untuknya."

Sanchez muncul Pemain Terbaik Perlawanan untuk menyingkirkan Tottenham, dengan tandukannya mengimbangi jaringan pembukaan Dele Alli sebelum Ander Herrera meletakkan United di depan pada babak kedua.

Ia adalah gol ketiga Sanchez untuk United sejak berhijrah dari kelab London itu.

Sumber: AWANI