WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

MOTOGP ARGENTINA: HAFIZH SYAHRIN TAMAT SAINGAN DI TEMPAT KE-9, KUTIP 7 MATA

Hafizh Syahrin menunjukkan aksi memberangsangkan apabila berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 10 teratas hingga akhir perlumbaan


Back To Sports Updates

BUENOS AIRES: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah membuktikan kehebatannya apabila berjaya
menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan serta mengutip tujuh mata di litar Termas de Río Hondo, Argentina, awal pagi tadi.

Hafizh Syahrin, 23 tahun, yang mewakili pasukan Monster Yamaha Tech 3 menunjukkan peningkatan catatan masa keseluruhan 40:60.653 berbanding 42:55.953 pada saingan bulan lalu di Qatar.

Dalam pada itu, pelumba negara yang dikenali sebagai El Pescao ini menunjukkan aksi memberangsangkan apabila berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 10 teratas hingga ke akhir perlumbaan walaupun bermula di petak dua terakhir.

Grand Prix (GP) Argentina menyaksikan Cal Crutchlow dari Britain menjuarai perlumbaan dengan catatan masa 40:36.342, diikuti Johann Zarco dari Perancis (40.38.852) dan pelumba Sepanyol, Álex Rins di tempat ketiga (40:61.352).

Sumber: Awani