WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST

06.00am - 10.00am

BERBASIKAL KEIRIN: FARINA GEMBIRA PERCUBAAN PERTAMA DI KOMANWEL

Bagi Farina, dia telah melakukan yang terbaik buat negara sambil menyifatkan percubaan pertamanya di pentas Komanwel agak membanggakan


Back To Sports Updates

WALAUPUN tewas dalam aksi final acara keirin di Velodrom Anna Meares pada malam ini, atlet berbasikal trek wanita negara, Farina Shawati Adnan, tetap berpuas hati dengan pencapaian kali pertamanya di pentas Komanwel.

Farina menjadi atlet tunggal negara di peringkat akhir selepas rakan senegara, Fatehah Mustapa, gagal melakukannya ekoran insiden pembatalan penyertaan akibat kesilapan teknikal ketika separuh akhir.

Biarpun Gold Coast 2018 adalah penampilan pertamanya dalam saingan Sukan Komanwel, Farina mencetuskan kejutan apabila menduduki tempat ketiga di belakang pelumba tuan rumah, Kaarle McCulloch, serta wakil New Zealand, Natasha Hansen, sekali gus melayakkannya ke peringkat akhir.

Bagaimanapun, dia terlepas peluang untuk membutirkan pingat buat negara apabila sekadar menduduki tempat keempat ketika final, selepas seorang lagi wakil Australia, Stephanie Morton, mengungguli perlumbaan untuk meraih emas sementara Kaarle dan Natasha mengutip perak dan gangsa.

Bagaimanapun, bagi Farina, dia telah melakukan yang terbaik buat negara sambil menyifatkan percubaan pertamanya di pentas Komanwel agak membanggakan.

"Ia adalah pencapaian tertinggi saya memandangkan ini kali pertama saya beraksi dalam Sukan Komanwel.

"Jadi, walaupun tidak menang tetapi saya berpuas hati dengan pencapaian saya," kata Farina.

Sumber: Awani