WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

AZRUL HAZAL WIRA NEGARA! RAIH EMAS PERTAMA DAN PECAH REKOD SUKAN KOMANWEL

Jumlah angkatan 261kg yang dilakukan Azroy Hazal Wafie Izhar berjaya mengatasi atlet daripada India dan Sri Lanka


Back To Sports Updates

GOLD COAST: Azroy Hazal Wafie Izhar berjaya mencipta sejarah apabila meraih emas pertama untuk negara pada hari pertama Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, dalam acara angkat berat 56 kilogram (kg).

Lebih manis, beliau berjaya memecah rekod kejohanan dengan angkatan 117 kg dalam acara snatch kategori 56 kg mengatasi rakan sepasukan, Amirul Hamizan Ibrahim yang merekodkan angkatan 116 kg pada edisi Komanwel di New Delhi 2010.

Bagi acara clean and jerk pula, badang negara berusia 24 tahun itu melakukan angkatan 144 kg, dengan jumlah angkatan 261 kg mengatasi pesaingnya.

Kemenangan emas itu berjaya menebus kekalahannya pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 apabila sekadar meraih tempat keempat.

Dalam acara angkat berat 56 kg, tempat kedua diraih oleh Gururaja daripada India dengan angkatan 249 kg manakala Chaturanga Lakmal daripada Sri Lanka di tempat ketiga dengan angkatan berjumlah 248 kg.

Sumber: Awani