WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

V SHEM-WEE KIONG, SOON HUAT-JEMIE LAI MARA SEPARUH AKHIR TERBUKA JERMAN

V Shem (kanan) dan Wee Kiong (kiri) berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jerman di Mulheim-An-Der-Rhur, Jerman


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Dua pasangan beregu negara,  Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meneruskan rentak kejayaan  mereka dengan mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jerman di Mulheim-An-Der-Rhur, Jerman pada Jumaat (awal Sabtu di Malaysia).

Goh-Tan, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 menempah tempat ke peringkat separuh akhir apabila meraih kemenangan mudah terhadap pasangan pilihan  kedua, Mads Conrad-Petersen-Mads Pieler Kolding pada perlawanan suku akhir dalam acara beregu lelaki di Innogy Sporthalle.

Pasangan dari Denmark itu terpaksa menarik diri apabila seorang daripada mereka mengalami kecederaan ketika mengekori 7-13 dalam set kedua setelah pasangan Malaysia menang set pertama dengan keputusan, 21-19, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.

Bagaimanapun, pasangan Goh-Lai terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan pasangan pilihan kelima, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand dengan keputusan 21-14, 18-21 dan 23-21 dalam acara beregu campuran.

Peluang Malaysia dalam acara perseorangan wanita berakhir apabila kesemua pemain tempatan kalah kepada lawan masing-masing pada pusingan awal.

Malaysia tidak menghantar wakil bagi acara perseorangan lelaki dan beregu wanita ke kejohanan itu, yang menawarkan hadiah US$150,000 (RM586,874).

Sumber: Bernama