WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

FEAR CABAR GADIS 'GAMER' TUNJUK SKIL, LEBIH BERANI

Kejohanan E-sukan Wanita Asia (FEAR) menjadi platform bagi pemain-pemain e-sukan wanita untuk mempamerkan skil masing-masing


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Sering kali kejohanan e-sukan dipertandingkan sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa pasti akan didominasi lelaki.

Melihat kepada situasi ini, Kelab E-Sukan ANSARA (ANSARA Esports) terpanggil untuk menganjurkan kejohanan yang memberi keutamaan kepadan pemain wanita bagi membentuk kumpulan e-sukan tersendiri dan bersaing dalam Kejohanan E-sukan Wanita Asia (FEAR).

Presiden Kelab E-Sukan ANSARA, Prof Muhammad Sadruddin Mohd Saidfudin berkata kejohanan yang dianjurkan baru-baru ini memang direka khusus untuk pemain wanita bersaing di peringkat antarabangsa.

“Hasil perbincangan bersama beberapa rakan-rakan di negara Asia yang lain, kami membuat keputusan untuk mengadakan kejohanan wanita kami tersendiri.

“Jadi kami akan mengadakan kejohanan FEAR pada hujung minggu lalu, supaya dapat memberi keyakinan kepada pemain-pemain wanita untuk bersaing dalam e-sukan,” katanya ketika ditemui media pada kejohanan tersebut.

Dalam kejohanan tersebut sebanyak dua e-sukan dipertandingkan iaitu Dota 2 dan CS:GO.

Bagi kategori CS:GO dimenangi pasukan daripada Singapura iaitu Asterisk dan membawa hadiah wang tunai RM1,500. Tempat kedua pula diraih pasukan MercenariesX dan membawa pulang RM1,000.

Sementara itu bagi kategori Dota 2, dimenangi kumpulan YoloPotato selepas menewaskan pasukan KuroNeko yang berada pada pusingan akhir kejohanan tersebut.

Selepas penganjuran FEAR ini, ANSARA Esports bakal mengadakan beberapa kejohanan besar di seluruh negara dan rantau ini tidak lama lagi.

ANSARA merupakan singkatan daripada Anak Sains Mara yang mengiktiraf mereka yang menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai ANSARA.

Sumber: Awani