WHAT'S NEXT

ANTAP MUSIC

12.00am - 06.00am

CHELSEA KALAH LAGI, ANTONIO CONTE 'PANAS PUNGGUNG' DI STAMFORD BRIDGE

Antonio Conte kini menyerahkan nasibnya kepada pemilik Chelsea, Roman Abromovich sama ada kekal atau dipecat


Back To Sports Updates

BAGAI telur di hujung tanduk. Itu gambaran terbaik bagi menggambarkan kedudukan pengendali Chelsea Antonio Conte ketika ini.

The Blues mengalami kekalahan kedua berturut turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas diaibkan Watford 4-1 di gelanggang lawan.

Ketika ditemubual BBC Radio 5 sejurus perlawanan, pengurus kelahiran Itali itu hairan mengapa prestasi anak buahnya sangat lemah.

Dia pada masa sama menyerahkan nasibnya kepada pemilik Chelsea, Roman Abramovich untuk menilai prestasinya sama ada layak untuk kekal di Stamford Bridge atau perlu undur diri.

“Chelsea perlu buat keputusan lain jika tidak gembira.

“Saya kekal di sini, cuba untuk bertugas dan mengabdikan sepenuh jiwa demi tugas,” kata Conte dalam nada kecewa.

Conte cemerlang dalam musim pertamanya bersama Chelsea apabila berjaya membawa kelab itu menjulang kejuaraan EPL.

Bagaimanapun situasinya berbeza musim ini. Chelsea mengalami kemerosotan prestasi ketara apabila sekadar menghuni tangga keempat liga.

Selepas 26 perlawanan The Blues hanya mengutip hanya 50 mata, 19 mata di belakang pendahulu Manchester City.

Sumber: Awani