WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST

06.00am - 10.00am

UNITED TIDAK PERLUKAN PEMAIN BARU LAGI - MOURINHO

MOURINHO: United mempunyai ramai pemain yang mampu beraksi di posisi nombor sembilan


Back To Sports Updates

JOSE Mourinho yakin Manchester United tidak akan memerlukan pemain tambahan dalam jentera serangan pada penghujung musim ini selepas membawa masuk Alexis Sanchez.

Sanchez menyertai United dengan persetujuan pertukaran dengan Arsenal yang mendapatkan khidmat Henrikh Mkhitaryan bulan lalu, sekali gus meningkatkan lagi mutu jentera serangan pasukan.

Pemain kebangsaan Chile itu membuat penampilan pertama untuk kelab di Old Trafford itu ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield Town, dengan menjaringkan gol kedua serta persembahan yang mantap sepanjang perlawanan.

Mourinho mengesahkan Sanchez tidak akan beraksi dalam satu posisi berdasarkan prestasinya kelmarin.

"United mempunyai ramai pemain yang mampu beraksi di posisi nombor sembilan.

"Kami memiliki Sanchez, Zlatan Ibrahimovic, Romelu Lukaku, Anthony Martial dan Marcus Rashford. Rashford boleh bermain di posisi kanan dan kiri. Sama seperti Sanchez.

"Buat masa ini, saya tidak perlukan lagi pemain penyerang. Jadi, tidak perlu bercakap mengenai penyerang kerana tiada siapa akan menyertai United.

"Juan Mata, Lukaku, Rashford, Martial and Sancehz. Saya tidak perlukan lagi penyerang.

"Kami perlu memperbaiki permainan kami, bukan kualiti pemain. Kami perlu lebih berkesan di atas padang," katanya.

Mourinho melakukan kejutan dengan mengetepikan Paul Pogba ketika meraih kemenangan ke atas Huddersfield dan terdapat pihak yang menyatakan ia melibatkan keadaan ketika United tewas 2-0 kepada Tottenham.

Tetapi sikap dan tindak balas pemain kebangsaan Perancis itu membuat Mourinho kagum dengan impak yang diberikannya selepas diturunkan.

"Anda dapat melihat reaksi Pogba. Turun beraksi dengan keinginan yang tinggi untuk bermain.

"Dia sudah bersedia sebelum separuh masa kedua bermula. Dia telah menunjukkan sikap profesional dan ia amat mengagumkan saya."

Sumber: Awani