WHAT'S NEXT

ANTAP MUSIC

12.00am - 02.00am

CARRAGHER ANGGAP JARINGAN SALAH SEPERTI MESSI

Salah kini telah meledak 21 gol dalam saingan EPL musim ini dan Carragher memuji impak yang dipamerkan oleh pemain berusia 25 tahun


Back To Sports Updates

Jamie Carragher menyifatkan jaringan kedua bintang Liverpool, Mohamed Salah, ketika bertemu Tottenham sama seperti apa yang dilakukan oleh Lionel Messi.

Salah mempamerkan magis ketika Liverpool seri 2-2 semalam, menggelecek bola melepasi barisan pertahanan Spurs sebelum menyumbat masuk gol pada minit ke-91.

Pemain kebangsaan Mesir itu menjaringkan dua gol dalam perlawanan di Anfield dan Carragher memuji Salah dengan melakukan perbandingan dengan bintang Barcelona, Messi, yang kerap kali melakukan jaringan yang sama.

"Hanya seorang pemain melakukan jaringan sama dan dia adalah Messi," kata Carragher.

Dua gol yang dijaringkan Salah telah dinafikan oleh pemain Spurs, Victor Wanyama dan sepakan penalti pada penghujung permainan daripada Harry Kane.

Salah kini telah meledak 21 gol dalam saingan EPL musim ini dan Carragher memuji impak yang dipamerkan oleh pemain berusia 25 tahun itu sejak tiba dari Roma.

"Saya tidak tahu untuk berkata apa-apa. Malangnya Manchester City mengharungi musim dengna baik dengan kehadiran pemain seperti Kevin De Bruyne, jika tidak Salah mampu diangkat sebagai Pemain Terbaik EPL musim ini.

"Dia telah menjaringkan 21 gol dan anda perlu mengetahui, dia bukan pemain penyerang. Dia beraksi di bahagian sayap."

Sumber: Awani