WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MAHREZ KENA DENDA

Pemain kelahiran Algeria itu berdepan dengan denda £200,000 (RM1.11 juta) selepas tidak hadir tanpa cuti untuk hari ketiga


Back To Sports Updates

RIYAD Mahrez dijangka tidak bermain untuk Leicester dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Swansea pada Sabtu selepas gagal melaporkan diri pada latihan, Khamis.

Pemain kelahiran Algeria itu berdepan dengan denda £200,000 (RM1.11 juta) selepas tidak hadir tanpa cuti untuk hari ketiga.

Malah tidak ketahui sama ada pemain sayap itu akan melaporkan diri pada hari seterusnya.

Sumber berkata, beliau kemungkinan tidak akan terlibat dalam permainan di Stadium King Power.

Mahrez terdesak untuk memaksa melalui perpindahan ke Manchester City dan memberitahu Leicester bahawa keadaanya tidak menentu selepas gagal mencapai perjanjian itu.

Sumber: mStar