WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

04.00pm - 08.00pm

PELUANG JACH KE PIALA DUNIA CERAH

JACH: Sudah tentu, saya datang ke sini untuk berjuang merebut tempat dalam skuad utama dan bermain secara teratur


Back To Sports Updates

CRYSTAL Palace menandatangani pemain tengah, Jaroslaw Jach, dari Zaglebie Lubin dan pemain itu berharap dapat menggunakan perpindahan ini untuk meningkatkan peluangnya untuk mewakili Poland dalam Piala Dunia Russia.

Jach menyertai kelab berkenaan semalam dengan bayaran yang tidak didedahkan menerusi kontrak selama tiga tahun setengah di Selhurst Park.

Pemain berusia 23 tahun itu yang membuat penampilan pertama bersama Poland pada November lalu berminat untuk membuktikan keupayaannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mengukuhkan tempat untuk ke Russia.

"Dalam hidup, saya menetapkan untuk melakukan satu demi satu langkah. Dengan pasukan kebangsaan, langkah seterusnya adalah ke Piala Dunia," katanya kepada Palace TV.

"Sudah tentu, saya datang ke sini untuk berjuang merebut tempat dalam skuad utama dan bermain secara teratur. Saya tahu kelab ini dapat membantu saya ke Piala Dunia di Russia.

"Saya menampilkan aksi yang baik. Begitupun tempat ke Piala Dunia tidak akan diberikan secara percuma dan wujud persaingan sengit dalam pasukan Poland. Hanya dengan persembahan yang baik di Palace sahaja akan membolehkan  saya ke Russia.

"Ini impian menjadi kenyataan kerana EPL merupakan liga yang saya ikuti perkembangannya sewaktu saya masih kecil dan saya sentiasa mahu datang dan bermain di sini.

"Saya sangat gembira dan saya harap saya dapat membantu Crystal Palace kekal dalam EPL dan mungkin mencapai kejayaan yang lebih besar."

Sumber: Awani