WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

MASTERS ARAB SAUDI: PERMULAAN BAIK BUAT NICOL

Nicol akan bertemu pilihan ke-10, Joshna Chinappa dari India pada pusingan kedua yang akan diadakan pada Rabu


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, bermula dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Masters Arab Saudi 2018 di Riyadh, Arab Saudi.

Menurut laman web rasmi https://squashinsaudi.com, pemain pilihan kelima itu hanya mengambil masa 17 minit untuk menewaskan pemain Mesir, Mayar Hany 11-4, 11-3 dan 11-3.

"Alangkah bagus jika bendera Malaysia berkibar pada acara berprestij di Arab Saudi dan mempunyai penyokong di sini. Mayar adalah antara pemain muda dari Mesir.

"Saya hanya tumpukan pada permainan dan menghalangnya daripada melakukan aksi terbaiknya. Ini adalah peristiwa penting bagi Arab Saudi dan sukan wanita secara umum," memetik katanya dalam laman web kejohanan itu.

Pemain berusia 35 tahun dari Pulau Pinang itu akan bertemu pilihan ke-10, Joshna Chinappa dari India pada pusingan kedua yang akan diadakan pada Rabu.

Sumber: Bernama