WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

KALAU DAH TAK MAIN BOLA, SAYA NAK MAIN FILEM - CRISTIANO RONALDO

Ronaldo telah menempa nama sebagai legenda bola sepak moden namun yakin masih mampu raih lebih banyak kejayaan


Back To Sports Updates

SIAPA  tidak kenal Cristiano Ronaldo. Bintang yang berjaya meletakkan namanya sebagai legenda dunia bolasepak moden.

Berjaya membantu Real Madrid mempertahankan gelaran Piala Dunia Kelab FIFA pada Disember lalu, Ronaldo secara individu bukan calang-calang pemain. Lima Anugerah Ballon d’Or dalam genggamannya sekaligus menyamai pencapaian ‘seteru’ utamanya Lionel Messi.

Bagi penyerang kebangsaan Portugal ini seandainya tidak lagi bergelar pemain bola satu ketika nanti, dia mahu beralih angin ke bidang filem.

“Sekiranya bersara, saya mahu menikmati hidup yang baik. Saya berkata demikian bukan kerana wang. Saya mahu melakukan perkara lain seperti membuat filem,” jelas Ronaldo dalam temubualnya bersama Sky Italia.

Pada usianya yang menghampiri 33 tahun Ronaldo sebenarnya  sudah memikirkan mengenai perancangan masa depannya ketika berumur 27 tahun lagi.

Namun buat masa ini cintanya terhadap bola sepak tetap tebal dan dia masih dahagakan kejayaan demi kejayaan.

“Saya bukan muda lagi namun di dalam minda, saya masih segar dan bermotivasi untuk terus berjaya. Saya fikir ini adalah kuncinya,” ujar Ronaldo.

Kembali ke Old Trafford?

Bekas anak didik Sir Alex Ferguson ini masih ada baki tiga tahun kontrak lagi bersama Real Madrid. Namun dia dikhabarkan mungkin meninggalkan Santiago Bernabeu lebih awal.

Antara yang tidak sabar mahu menyambar Ronaldo tidak lain dan tidak bukan Manchester United.

Memetik sumber Daily Mirror, The Red Devils sudah bersedia dengan kemungkinan itu dan segala perbelanjaan yang diperlukan adalah soal nombor dua.

Spekulasi mengenai penghijrahan Ronaldo bertiup kencang susulan ketegangan hubungannya dengan presiden Real Madrid, Florentino Perez.

Malah Ronaldo dilaporkan juga mahu menghantar anak lelakinya yang berusia tujuh tahun untuk bersekolah di England, perkhabaran yang menguatkan lagi spekulasi Ronaldo dan United bakal kembali bertaut jodoh.

Sumber: Awani