• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

ACARA SKUASY DITANGGUH, BERGANTUNG LAPORAN PERUBATAN ATLET

Acara skuasy Sukan SEA Ke-29 yang dijadual bermula 9 pagi hari ini, ditangguhkan


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Acara skuasy Sukan SEA Ke-29 yang dijadual bermula 9 pagi hari ini, ditangguhkan berikutan bas yang membawa atlet daripada Thailand, Myanmar dan Filipina terbabit dalam kemalangan.

Menurut pengurus acara itu P. Sivanesen, pihaknya masih menunggu laporan perubatan daripada pasukan perubatan Institut Sukan Negara (NSI) berhubung keadaan atlet terbabit.

Beliau berkata pasukan Myanmar masih belum memberikan keadaan atlet mereka kerana masih menjalani pemeriksaan perubatan di NSI di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

"Kami menimbangkan untuk menangguhkan pertandingan sekurang-kurangnya sehari sekiranya pasukan perubatan mengesahkan atlet yang terlibat boleh beraksi selepas sehari berehat.

"Kami berharap semua pemain dapat beraksi kerana kami tidak mahu menafikan peluang mereka kerana mereka datang ke sini untuk bertanding dalam temasya dwitahunan ini.

"Ada pengurus yang telah memaklumkan kepada kami (pemain mereka boleh bermain) tetapi kami perlu tunggu semua mereka sekali, supaya kami boleh mulakan pertandingan petang ini, jika boleh,"katanya kepada pemberita semasa ditemui di Pusat Skuasy Nasional, di sini.

Sivanesen berkata mesyuarat akan diadakan segera selepas pihaknya menerima laporan perubatan untuk menetapkan jadual perlawanan.

Sementara itu, pemain skuasy wanita Thailand Panisa Suwanarat semasa ditemui pemberita berkata anggota pasukannya hanya mengalami cedera ringan.

"Bagi pasukan kami, ia tidak teruk. Telinga Suvipa Kitvijarn luka dan kepalanya terhantuk pada tingkap. Jadi dia rasa pening. Lain-lain dalam pasukan kami sakit di leher. Dan saya mengalami calar," katanya menurutnya beliau yakin pasukannya mampu beraksi.

Atlet Filipina, Robert Andre Gracia berkata beliau bimbang dengan pemain Myanmar yang mungkin mengalami kecederaan serius akibat kemalangan itu.

"Semua dalam pasukan saya okay tetapi saya bimbang tentang pemain Myanmar kerana mereka paling ramai yang cedera," katanya.

- Sumber dari Bernama