WHAT'S NEXT

CATS MUZIK

10.00am - 02.00pm

PEMBUKAAN RASMI SUKAN SEA DI STADIUM NASIONAL

Upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang menghimpunkan kehadiran beberapa juara dunia


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang menghimpunkan kehadiran beberapa juara dunia dan pemenang pingat Olimpik, berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Upacara perasmian disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sukan SEA edisi ke-29 yang akan berlangsung sehingga 30 Ogos menghimpunkan 4,900 atlet daripada 11 negara iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei Darussalam, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja, Timor Leste dan tuan rumah Malaysia.

Sebanyak 404 pingat emas daripada 38 acara sukan menjadi buruan dengan luncur ais, hoki ais, hoki dalam dewan dan kriket dianjurkan buat julung kalinya.

Menjelang upacara perasmian temasya dwitahunan ini yang membawa tema Bangkit Bersama, Malaysia yang menyasarkan 111 pingat emas telah meraih tujuh emas, empat perak dan lima gangsa untuk menduduki tangga teratas jumlah pungutan pingat KL2017 setakat hari ini.

Kontinjen negara yang membariskan 844 atlet mengharapkan tuah di laman sendiri untuk mengatasi pungutan 62 pingat emas dan menduduki tempat keempat pada edisi Singapura dua tahun lepas.

Selain Kuala Lumpur, acara KL2017 turut diadakan di Pulau Langkawi, Kedah, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan.

- Sumber dari Awani