WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TIGA JUARA DUNIA DIUMUM PEMBAWA JALUR GEMILANG DI SUKAN SEA 2017

Buat julung kalinya tiga alet negara bergelar juara dunia diumumkan sebagai pembawa bendera pada temasya Sukan SEA 2017


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya tiga alet negara bergelar juara dunia diumumkan sebagai  pembawa bendera pada temasya Sukan SEA 2017 (KL 2017) akan datang.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berdasarkan pencapaian membanggakan yang dicatatkan masing-masing.

Bagi Khairy, Azizul Hasni Awang (basikal), Cheong Jun Hoong (terjun) dan Mohd. Al-Jufferi Jamari (silat) sememangnya layak diberi penghormatan tersebut selepas pengorbanan dan pencapaian mereka bergelar juara dunia.

Pemilihan mereka sesuatu yang paling istimewa dan dianggap lain dari yang lain apabila ini adalah kali pertama tiga individu diumumkan untuk membawa bendera di temasya itu.

“Setelah saya memikirkan benda ni begitu lama kita buat sedikit kelainan pada Sukan SEA kali ini dan kita akan ada tiga pembawa bendera. Kesemua ketiga-tiga atlet ini adalah juara dunia. Penghormatan kepada pembawa bendera kontijen negara pada acara pembukaan akan diberi kepada Cheong Jun Hoong, Al-Jufferi dan juga Azizulhasni Awang," katanya selepas memberi taklimat terakhir kepada semua atlet Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang mengambil bahagian pada temasya dwi tahunan itu nanti.

Atlet yang meraih pingat emas pada temasya itu nanti akan turut diberi penghormatan dengan menanam pokok bersempena nama atlet terbabit di perkarangan Stadium Bukit Jalil bagi mengenang jasa mereka.

Atlet negara ketika ini dilihat berada pada tahap terbaik untuk menuai pingat pada temasya itu nanti berdasarkan rekod dan pencapaian semasa mereka.

Tahun ini sahaja enam rekod kebangsaan berjaya dipecahkan dan empat juara dunia berjaya dilahirkan.

Al Jufferi merangkul kejuaraan dunia buat kali ketiga berturut-turut di Indonesia tahun lalu, Azizulhasni pula bergelar juara dunia dengan memenangi acara keirin di Hong Kong pada April manakala Jun Hoong memenangi emas acara 10 meter platform individu wanita dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, bulan lalu.

Temasya dwitahunan itu yang bermula dari 19 hingga 30 Ogos ini.

- Sumber dari Awani