WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

MALAYSIA ADA PELAN KONTIGENSI HADAPI JEREBU PADA SUKAN SEA 2017

Malaysia mempunyai pelan kontigensi dalam berdepan kemungkinan berlaku fenomena jerebu semasa berlangsungnya Sukan SEA 2017 di ibu negara


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai pelan kontigensi dalam berdepan kemungkinan berlaku fenomena jerebu semasa berlangsungnya Sukan SEA 2017 di ibu negara bulan ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau akan ke Indonesia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu melibatkan kebakaran hutan, jerebu dan isu alam sekitar.

"Saya sudah minta Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) untuk urus saya pergi ke sana (Indonesia) bagi memberi tawaran kita untuk membantu Indonesia apabila mereka perlu bantuan kita," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Ke-12 Majlis Sumber Air Negara bertempat di Bangunan Utama Parlimen, di sini hari ini.

Ujarnya, ketika ini terdapat kira-kira 27 laporan kebakaran di Kalimantan.

"Pada empat hari lepas, 72 hotspot (titik panas) di Aceh, tetapi pada hari ini tiada hotspot lagi. Urusan pemadaman yang dijanjikan pihak Indonesia menyatakan kerjasama di antara pihak polis, tentera dan majlis tempatan itu berkesan untuk menangani kebabakaran segera selain daripada pengesanan dari Pusat Meteorologi ASEAN di Singapura kerana kita ada dua bacaan iaitu satu Indonesia dan satu di Singapura yang diguna pakai," katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, hotspot kebakaran di Indonesia itu tidak berkekalan dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

"Hotspot ini tidak berkekalan, ia berlaku sekejap, dan ada pemadaman dibuat, maka Indonesia keep the promise untuk memadamkan kebakaran," tambah beliau.

Dalam pada itu katanya, pertemuan beliau dengan menteri Indonesia terlibat perlu dibuat bagi menunjukkan rasa prihatin terhadap isu jerebu dan berusaha menawarkan kerjasama bagi menangani perkara itu.

"Ini bukan soal kita nak confront dia berhubung dengan kebakaran, kerana mereka telah ambil tindakan. Cuma kita nak beritahu bahawa negara kita concern dengan kebakaran ini dan kedua kita nak tawar secara rasmi bahawa kita akn kerjasama dengan mereka dan bersedia untuk menghantar bombadier kita, SMART Team dan pasukan bomba," kata Wan Junaidi.

- Sumber dari Awani