WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

EMPAT PELUMBA BMX BAWA HARAPAN NEGARA DI SUKAN SEA

Malaysia meletakkan harapan pada empat pelumba basikal BMX untuk memberi saingan dalam Sukan SEA 2017


Back To Sports Updates

NILAI: Malaysia meletakkan harapan pada empat pelumba basikal BMX untuk memberi saingan dalam Sukan SEA 2017 di Arena BMX Nasional di sini bulan depan.

Jurulatih BMX Kebangsaan, Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti berkata, mereka terdiri daripada dua pelumba lelaki, iaitu Ahmad Syazrin Awang Ilah, 20, dari Terengganu dan Muhammad Elmi Jumari, 26, dari Selangor serta dua pelumba wanita, iaitu Noor Quraataina Mamat, 21, dari Terengganu dan Ariana Nurminda Ariffin, 20, (Sarawak).

"Pemilihan ini berdasarkan prestasi cemerlang yang mereka pamerkan pada beberapa siri kejohanan BMX dalam dan luar negeri, termasuk Kejohanan BMX Kebangsaan 2017 awal bulan ini dan Kejohanan BMX Asia di Thailand pada Mei lepas.

Ahmad Syazrin dan Noor Quraataina masing-masing merupakan juara kebangsaan lelaki dan wanita bagi acara pada tahun 2017.

"Perlumbaan BMX pada Sukan SEA kali ini mempertandingkan kategori 'super cross' bagi lelaki dan wanita dan kita meletakkan sasaran untuk masuk final bagi acara tersebut. Memenangi pingat adalah satu bonus memandangkan kita menghadapi saingan hebat pelumba dari Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak menyasarkan sebarang pingat daripada BMX kerana Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura dianggap kuasa besar tradisi dalam disiplin itu.

Katanya, pelumba negara kini giat menjalani latihan di Arena BMX Nasional dan Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil.

Ujarnya lagi, latihan di Arena BMX Nasional lebih tertumpu kepada menyesuaikan diri dan teknik perlumbaan, manakala di ISN ialah latihan gimnasium.

Mohd Arif Syukri berharap pelumba BMX negara akan cuba yang terbaik untuk menyaingi pelumba dari Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Sementara itu, Ahmad Syazrin berkata walaupun tidak diletakkan sasaran untuk memenangi pingat tetapi beliau berazam untuk memenangi pingat.

"Saya yakin saya boleh melakukan kejutan sekali pun BMX tidak disasarkan untuk menggondol sebarang pingat pada Sukan SEA 2017. Apa-apa sahaja boleh berlaku pada hari perlumbaan. Cuma saya berharap berada pada prestasi yang cukup baik pada hari tersebut dan yakin boleh mengatasi pelumba lain," katanya kepada Bernama.

- Sumber dari Bernama