• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

40,000 PEMINAT BIMBANG PREMIER LEAGUE ASIA TROPHY TIDAK DAPAT DITERUSKAN

Hujan lebat sepanjang minggu ini di Hong Kong merisaukan 40,000 peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris (Premier League) di Hong Kong


Back To Sports Updates

HONG KONG: Hujan lebat sepanjang minggu ini di Hong Kong merisaukan 40,000 peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris (Premier League) di Hong Kong menjelang kejohanan pra-musim Asia Trophy yang akan bermula esok.

Selepas sidang media empat pasukan yang terlibat tahun ini, Liverpool, Crystal Palace, Leicester City dan West Bromwich Albion tengah hari tadi, kesemua pengurus berharap padang di venue kejohanan berada dalam keadaan baik.

Kali terakhir kejohanan ini diadakan di Hong Kong pada 2013, padang itu berlumpur dan membahayakan pemain, terutama sekali kepada yang baharu mencari rentak dan kecergasan masing-masing di peringkat pra-musim ini.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap permukaan padang baharu yang dilengkapi sistem pengairan bernilai HK$30 juta itu dapat menampung keadaan hujan lebat di sini.

Pengurus West Brom, Tony Pulis, Frank de Boer untuk Crystal Palace dan Craig Shakespeare dari Leicester turut meluahkan kebimbangan mereka mengenai hujan di Hong Kong dan berharap persiapan mereka pra-musim mereka tidak terbantut.

Pada masa sama, kesemua pengurus juga berasa kejohanan yang melibatkan empat pasukan liga Inggeris di luar Eropah dapat menguji pemain-pemain sebagai persediaan menghadapi musim baharu liga yang lebih mencabar bulan depan.

Laporan laman web Anfield HQ menyebut pengerusi persatuan Bola Sepak Hong Kong, Brian Leung Hung-tak yakin permukaan padang yang baharu boleh menampung jumlah hujan yang banyak dan keadaan yang lebih teruk daripada yang berlaku empat tahun lalu.

Namun jika hujan berterusan sepanjang minggu ini, Brian menyatakan tidak apa yang dapat dilakukan kecuali berharap padang berada dalam keadaan sesuai untuk perlawanan.

Malah salah seorang pemain bola sepak amatur Hong Kong, Raphael Li menyatakan padang MSN Kampung Baru, lebih baik daripada padang di Stadium Hong Kong, ketika beliau menghadiri sesi latihan di Kuala Lumpur Mei lepas.

Pada kejohanan Asia Trophy yang berlangsung pada 2013 di Hong Kong, padang berlumpur di Stadium Hong Kong menjadi tajuk utama sukan di seluruh dunia.

Manakala Manchester United dan Manchester City membatalkan perlawanan pra-musim mereka di Beijing tahun lepas akibat keadaan padang yang teruk di Stadium Nasional Beijing.

Premier League Asia Trophy diadakan setiap dua tahun dengan Arsenal muncul juara tahun 2015 di Singapura.

Ia akan bermula esok dengan pertembungan West Brom dan juara 2016, Leicester pada pukul enam petang sebelum Liverpool menentang Crystal Palace pada jam 8:30 malam.

Perlawanan boleh disaksikan di Astro Supersports saluran 816/834 HD.

- Sumber dari Awani