WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

WILLIAMS JUARA SEJATI - KONTA

JOHANNA Konta melabel Venus Williams sebagai juara sejati selepas impiannya dalam Grand Slam Wimbledon


Back To Sports Updates

JOHANNA Konta melabel Venus Williams sebagai juara sejati selepas impiannya dalam Grand Slam Wimbledon berakhir di peringkat separuh akhir, malam tadi.

Konta menyasarkan untuk bergelar pemain British pertama yang mara ke perlawanan akhir sejak Virginia Wade melakukannya pada 1977, bagaimanapun Venus, 37, setahap lebih bagus daripadanya dalam kemenangan 6-4, 6-2.

Pemain veteran dari Amerika Syarikat itu mengatasi servis padu Konta dan menggunakan segala pengalamannya untuk mengakhiri pertarungan selama 73 minit itu.

Konta tidak merungut mengenai kekalahannya kepada juara lima kali itu yang akan berdepan Garbine Muguruza dalam aksi penentuan gelaran, esok.

"Dia mempersembahan kualiti sebenarnya dan sebab itu dia merupakan juara lima kali di sini. Dia adalah juara sejati.

"Sukar bagi saya untuk memberikan saingan hebat dalam perlawanan ini. Beberapa peluang yang ada dibalasnya dengan baik.

"Saya tidak fikir saya melakukan banyak kesilapan. Dia berhak mendapat pujian."

Sungguhpun kecewa gagal di depan penyokong sendiri, Konta percaya penampilannya pada 2017 memberikan harapan baik untuknya pada masa akan datang.

Tambahnya: "Saya sangat gembira dengan tahap fizikal dan mental saya dalam perjuangan di atas permukaan rumput, musim ini. Saya beraksi setiap minggu.

"Saya kekal sihat dan berasa segar secara mental dan bersedia untuk berdepan cabaran.

"Ia akan menguatkan lagi kepercayaan bahawa jika saya bersaing untuk berjuang dalam Grand Slam dalam tempoh dua minggu, saya mampu mengekalkan kekuatan mental dan fizikal dalam pemburuan kejuaraan."

- Sumber dari Awani