WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MESSI, ROCUZZO DISATUKAN DALAM 'PERKAHWINAN TERHEBAT ABAD INI'

Bintang bola sepak Argentina dan kelab Barcelona, Lionel Messi, mengahwini rakan karibnya sejak kecil, Antonella Rocuzzo


Back To Sports Updates

BINTANG bola sepak Argentina dan kelab Barcelona, Lionel Messi, mengahwini rakan karibnya sejak kecil, Antonella Rocuzzo, dalam satu majlis di kampung halaman mereka di Rosario, Argentina, pada Jumaat.

Majlis perkahwinan itu berlangsung di Hotel Pullman dan dihadiri kira-kira 150 tetamu termasuk puluhan bintang bola sepak terkemuka dunia dan selebriti.

Antara yang hadir adalah rakan sepasukan Messi di Barcelona iaitu Neymar, Luis Suarez dan Gerard Pique.

Dalam majlis itu, Roccuzzo, 29, tampak begitu menawan mengenakan gaun pengantin rekaan pereka ternama Sepanyol, Rosa Clara, yang pernah menata rias aktres terkenal, Eva Longoria dan Permaisuri Sepanyol, Letizia Ortiz.

Media Argentina menggelarkan perkahwinan itu sebagai perkahwinan abad ini dan Roccuzzo diberikan nama panggilan 'First Lady of Football' kerana mengahwini antara pemain terbaik dan terkaya di dunia ketika ini.

Messi dan Rocuzzo bertemu ketika masing-masing berusia 9 dan 8 tahun.

Roccuzzo merupakan sepupu kepada rakan baik Messi, Lucas Scaglia.

Persahabatan baik mereka tidak terjejas biarpun selepas Messi berpindah untuk bermain di Sepanyol ketika berusia 13 tahun.

Hubungan mereka dilaporkan mula serius pada tahun 2007, sebelum Messi mengesahkan hubungan itu dalam sebuah rancangan televisyen pada tahun 2009.

Pasangan itu memiliki dua anak, Thiago, 4, dan Mateo, 1.

- Sumber dari Awani