WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

AIRASIA BAWA JUARA TINJU MANNY PACQUIAO KE AUSTRALIA UNTUK PERTAHAN KEJUARAAN DUNIA

AirAsia akan membawa legenda tinju, Manny "Pacman" Pacquiao, ke Australia untuk mempertahankan gelarannya


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan juara dunia sembilan kali, AirAsia akan membawa legenda tinju, Manny "Pacman" Pacquiao, ke Australia untuk mempertahankan gelarannya dalam kejuaraan Pertubuhan Tinju Dunia (WBO).

Pacquiao, satu-satunya petinju yang memenangi gelaran dalam lapan kelas, akan mempertahankan gelaran welterweight WBOnya menentang petinju Australia, Jeff Horn di Stadium Suncorp, Brisbane pada 2 Julai 2017.

Acara berkenaan merupakan perlawanan mempertahankan gelaran pertama sejak memenanginya dalam keputusan sebulat suara menentang petinju Amerika Jessie Vargas pada November 2016, menurut AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata Manny adalah inspirasi besar kepada Filipina dan seluruh Asean.

"Kami mahu menunjukkan bahawa rantau ini melahirkan juara dunia dan tiada yang lebih baik daripada Manny. Manny seperti AirAsia, mendaki ke puncak dan kekal di sana selepas bertahun-tahun melalui darah, peluh dan air mata, dan kami amat berbangga dapat menyokongnya sekali lagi. "

AirAsia akan menerbangkan Pacquiao dan pasukannya dari kem latihan mereka di General Santos City di Filipina ke Brisbane dengan pesawat Airbus A330.

Pesawat itu akan menampilkan imej petinju Filipina itu bersebelahan dengan logo Pacman dan Pound-for-Pound.

Juara welterweight dunia WBO, Manny Pacquiao berkata: "Sepanjang saya terlibat dalam acara tinju, saya tidak pernah bersemangat sebagaimana perlawanan ini. Perjanjian bersama AirAsia memberi dorongan berganda kepada saya.

"Menjalin pakatan dengan AirAsia menjadikannya lebih istimewa kerana kami diberikan penghormatan. Saya telah dipanggil Juara Rakyat dan AirAsia adalah syarikat penerbangan juara dunia, dan saya sangat berbangga untuk terbang dengan juara dunia Asean," katanya.

- Sumber dari Bernama