• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

TIGER WOODS AKUI TERIMA BANTUAN PROFESIONAL

TIGER WOODS mengumumkan dia sedang mendapatkan bantuan profesional selepas kes dia ditahan polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah


Back To Sports Updates

TIGER WOODS mengumumkan dia sedang mendapatkan bantuan profesional selepas kes dia ditahan polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah, yang menurutnya hanyalah dari kesan ubat-ubatan masalah tidur dan sakit belakang.

Ketika bekas pemain no.1 dunia itu masih bergelut dengan krisis kehidupan, Woods mendedahkan dia kini sedang menerima bantuan dalam cara mengurus ubatnya.

"Ketika ini, saya sedang mendapat bantuan profesional, terutama dalam mengurus ubat dan cara saya menangani sakit belakang dan masalah gangguan tidur.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada segala sokongan  yang telah diberikan, terutama daripada peminat," kata Woods dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Woods ditahan polis selepas dia didapati tidur di kerusi pemandu pada jam 3 pagi, 29 Mei lalu di Jupiter, Florida.

Menurut laporan pihak berkuasa, terdapat kesan Xanax dan beberapa jenis dadah lain dalam tubuhnya.

Polis berkata Woods terpaksa dikejutkan dan ketika itu menampakkan pergerakan perlahan dan pertuturan yang tidak jelas.

Bagaimanapun, ujian alat pengukur nafas mendapati Woods tidak minum minuman beralkohol.

Menurut pemain golf berusia 41 tahun itu, tubuh badannya mengalami kesan negatif terhadap ubat-ubatan yang diambilnya.

- Sumber dari Awani