WHAT'S NEXT

CATS DRIVETIME

05.00pm - 09.00pm

MISBUN LUANG MASA BERSAMA PELAJAR TAHFIZ, ANAK YATIM

Datuk Misbun Sidek, meluangkan masa meraikan 61 pelajar tahfiz dan anak-anak yatim sekitar Manjung dan Setiawan


Back To Sports Updates

JURULATIH badminton negara, Datuk Misbun Sidek, meluangkan masa meraikan 61 pelajar tahfiz dan anak-anak yatim sekitar Manjung dan Setiawan, Perak sempena Majlis Semarak Ramadan anjuran Setiawan Holdings di Manjung, semalam.

Misbun, yang juga duta untuk Projek Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) sangat terharu apabila diberi kesempatan bersama pelajar tahfiz dan anak-anak yatim berkenaan.

"Wajah mereka nampak berseri.  Saya bertuah dapat bersama mereka. Saya harap kehadiran saya sedikit- sebanyak dapat memberi motivasi kepada  mereka," ujar Misbun.

Mengenai pilihannya menjadi duta syarikat ini dia berkata: "Sasaran dan objektif mereka (Setiawan Properties) selari dengan impian saya.

"Kebanyakan projek perumahan mereka adalah kos rendah.  Saya asal dari kampung. Jadi, harga sebegini realistik dan ramai orang mampu mempunyai rumah.

"Selain itu, saya juga ingin menaikkan bakat-bakat badminton disini."

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Majlis bermula jam 2 petang dan berakhir pada jam 9 malam.

- Sumber dari Awani