WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

OLIVER GIROUD BAKAL BERPINDAH KELUAR DARI ARSENAL?

Oliver Giroud Mengalami Konflik Sama Ada Untuk Pergi Atau Kekal!


Back To Sports Updates

      Oliver Giroud telah menegaskan sekali lagi bahawa dia tidak mahu dirinya berada di bangku simpanan sahaja dalam pasukan Arsenal. Mengikut perkembangan Giroud, beliau telah bersiap sedia sepanjang agenda pemindahan ini dan akan dibincangkan secara lanjut dengan pengurusnya, Arsene Wenger.

     Oliver Giroud mengakui bahawa beliau memang tidak mempunyai banyak peluang untuk menjadi sebagai pemain kesebelasan yang utama untuk kebanyakan perlawanan bola sepak. Penggantian pemain sewaktu perlawanan hanya berlaku dalam jangka masa yang tertentu sahaja. Dia sedang memberikan pertimbangan yang sewajarnya dengan memikirkan tentang keluarga serta agen untuk apa-apa sahaja yang berlaku.

     Setakat ini, pemain kebangsaan Perancis tersebut telah kehilangan posisinya sebagai penyerang pasukan Arsenal untuk musim ini. Giroud telah mencatatkan gol sebanyak 16 dan 7 ‘assist’ dalam 40 kali penampilannya untuk setiap perlawanan yang dia terlibat sepanjang musim 2016/2017. Juga, beliau dikaitkan kembali ke Liga 1 dan pada masa yang sama, Pasukan Bola Sepak Perancis, Olympique Marseille dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Giroud sebagai pemain bola sepak jikalau beliau berputus kata untuk pindah keluar dari Arsenal.

- Sumber: Sinar Harian