WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

NICOL GAGAL MARA KE SEPARUH AKHIR SIRI FINAL KEJOHANAN PSA DUNIA

Hasrat ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk mara ke pusingan separuh akhir siri final Kejohanan Persatuan Skuasy Profesional (PSA)


Back To Sports Updates

Kuala Lumpur: 8 Jun (Bernama) - Hasrat ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk mara ke pusingan separuh akhir siri final Kejohanan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) Dunia musnah selepas menerima kekalahan kedua berturut-turut peringkat kumpulan di Dubai, Emiriyiah Arab Bersatu (UAE), awal pagi tadi.

Kegagalan itu menyaksikan Nicol, yang menduduki ranking keenam dunia, terus kecundang dalam usaha memburu gelaran pertamanya pada siri Jelajah Dunia musim ini.

Nicol, yang diundi dalam Kumpulan B, terpaksa akur dengan kehebatan pemain pilihan pertama kejohanan, Nour El Sherbini dari Mesir apabila tewas 6-11, 9-11 dalam perlawanan kedua kumpulan, demikian menurut laporan www.worldseriesfinals.com.

Pada Selasa lepas, beliau dikecewakan pemain England, Laura Massaro 10-12, 10-12 pada perlawanan pembukaan kumpulan.

Bekas pemain nombor satu dunia itu dijadual bertemu pemain ranking ketujuh dunia dari England, Sarah-Jane Perry untuk melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan yang dijadual berlangsung awal pagi esok.

- Sumber dari Bernama