WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

FIFA MASIH BERHUBUNG DENGAN QATAR BERHUBUNG PENGANJURAN PIALA DUNIA 2022

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan mereka berhubung seperti biasa dengan jawatankuasa penganjur Piala Dunia 2022 di Qatar


Back To Sports Updates

Zurich: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan mereka berhubung seperti biasa dengan jawatankuasa penganjur Piala Dunia 2022 di Qatar, namun tidak memberi sebarang ulasan tentang ketegangan diplomatik yang membabitkan beberapa negara Teluk.

FIFA, dalam satu kenyataan yang diemelkan memberitahu mereka "berhubung dengan ahli jawatankuasa seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang komen berkenaan isu lain".

Pihak penganjur tempatan dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) juga tidak memberikan sebarang kenyataan.

Persatuan Bola Sepak Jerman, yang merupakan antara persatuan bola sepak paling berpengaruh di dunia, mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan membincangkan hal berkenaan dengan kerajaan Jerman.

"Masih banyak masa untuk berbincang. Ada baiknya masa ini diperuntukkan untuk mencari jalan penyelesaian.

"Tapi satu yang pasti, bola sepak tidak akan dimainkan di negara yang menyokong keganasan."

Pasukan bola sepak Qatar masih terbabit dalam peringkat kelayakan Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Rusia, dan berada di kedudukan terbawah kumpulan.

Piala Dunia 2022 merupakan acara besar yang diharapkan mampu mengetengahkan industri pelancongan Qatar ke peringkat global. Namun ketegangan politik yang berlaku mungkin akan menjejaskan hasrat itu.

Lima negara, Arab Saudi, Mesir, UAE, Yaman dan Bahrain, pada Isnin bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Langkah drastik itu diambil selepas pertelingkahan berhubung sokongan Qatar ke atas kumpulan Muslim Brotherhood, kumpulan Islam tertua di dunia dan menuduh Doha menyokong agenda musuh ketat mereka, Iran.

- Sumber dari Awani