WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

TERBUKA MADRID: NADAL KE FINAL

Nadal mencatat kemenangan 6-2 6-4 ke atas Novak Djokovic pada aksi separuh akhir Terbuka Madrid awal pagi Ahad


Back To Sports Updates

RAFAEL Nadal mencatat kemenangan 6-2 6-4  ke atas Novak Djokovic pada aksi separuh akhir Terbuka Madrid awal pagi Ahad.

Kemenangan tersebut merupakan rekod pertamanya ke atas juara Terbuka Perancis itu sejak 2014.

Malah ia juga merupakan kemenangan kali ke-14 berturut-turut aksi di gelanggang tanah liat musim ini yang menyaksikan bintang Sepanyol itu mencatat rekod keenam mara ke final tahun ini.

Pertemuan kedua-dua jaguh tenis itu merupakan kali ke-50 keseluruhannya.

Djokovic mendahului mata 26-24 namun ia mudah dihalang Nadal.

Kekalahan ini sekaligus memberi kekecewaan kepada Djokovic yang tersekat untuk mara ke final selepas perlawanan di Doha sebelum ini.

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut adalah bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Pada aksi akhir nanti, juara empat kali Madrid itu bakal berdepan dengan Dominic Thiem dari Austria atau pemain Uruguay Pablo Cuevas.

- Sumber dari mStar