WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

GAJI PEMAIN UNITED DIPOTONG 25% JIKA GAGAL BENAM AJAX

Manchester United terpaksa berjuang habis-habisan menentang Ajax untuk menempah tiket secara automatik ke pentas Liga Juara-Juara


Back To Sports Updates

Manchester United terpaksa berjuang habis-habisan menentang Ajax untuk menempah tiket secara automatik ke pentas Liga Juara-Juara dan mengaut ganjaran bernilai 38 juta pound sterling.

Kejayaan di Stockholm akan memastikan tempat ke kejohanan elit Eropah untuk United musim depan sekali gus membawa bonus besar untuk Red Devils.

Menurut laporan The Times, hampir setiap pemain dalam skuad Jose Mourinho akan menerima kenaikan gaji sebanyak 25 peratus daripada gaji pokok yang mereka perolehi musim ini sekiranya memacu pasukan ke Liga Juara-Juara.

Malah, pemain United turut akan menerima bonus berasingan sebanyak 1 juta pound sterling di bawah skim insentif prestasi pasukan.

Namun apa yang lebih menakutkan ketika ini adalah jika United tewas, semua pemain yang memperoleh pendapatan lebih 20,000 pound seminggu akan ditolak 25 peratus daripada gaji mereka.

Di bawah syarat itu, kira-kira 28 juta pound sterling telah ditolak membabitkan 22 pemainnya pada musim panas lalu.

Pemain baharu Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic, Henrikh Mkhitaryan dan Eric Bailly dikecualikan daripada klausa itu kerana skuad tersebut tidak berada dalam kelompok teratas pasukan di Eropah ketika mereka menyertai United.

Namun jika Ajax menang pada aksi final Liga Europa 24 Mei ini, potongan gaji sebanyak 25 peratus akan dikuatkuasakan terhadap empat pemain itu yang membabitkan jumlah sekitar 9 juta pound sterling.

Pemain pertahanan Timothy Fosu-Mensah dan Axel Tuanezbe yang kedua-duanya mendapat gaji bawah 20,000 pound sterling dikecualikan daripada klausa luar biasa itu.

- Sumber dari mStar