WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MOURINHO AKUI HARAPAN MANCHESTER UNITED SUDAH BERAKHIR

Jose Mourinho menerima hakikat bahawa harapan Manchester United untuk menamatkan saingan di kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL)


Back To Sports Updates

Jose Mourinho menerima hakikat bahawa harapan Manchester United untuk menamatkan saingan di kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah berakhir apabila tewas 2-0 kepada Arsenal dan menegaskan beliau mahu menjuarai Liga Europa (UEL).

United bergelut sepanjang musim untuk berada di dalam kelompok empat terbaik, sekadar menduduki tangga kelima dan keenam di dalam liga dan kekalahan pada Ahad meleburkan harapan mereka.

Penghuni tangga keempat liga, Manchester City memiliki kelebihan empat mata dengan berbaki tiga perlawanan, manakala Arsenal ketinggalan dua mata di tangga keenam dan memiliki kelebihan satu perlawanan ke atas The Red Devils.

Granit Xhaka dan Danny Welbeck berjaya menemui sentuhan jaringan ketika menewaskan United dan Mourinho menerima hakikat bahawa harapannya untuk kembali beraksi di Liga Juara-Juara (UCL) adalah menerusi kejuaraan UEL.

"Tumpuan kini terarah kepada saingan UEL tetapi kami telah cuba yang terbaik untuk mencari keputusan," katanya.

"Anda boleh mengatakan kepada saya bahawa United beraksi tanpa pemain utama, tetapi anda tidak boleh mengatakan bahawa kami tidak cuba untuk memenangi perlawanan ini.

"Ia merupakan perkara yang mahu kami lakukan, tetapi perkara yang paling utama adalah aksi pada kedua separuh akhir berdepan Celta Vigo.

Walaupun tewas, Mourinho memberikan pujian di atas persembahan pasukannya serta tidak menemui sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Phil Jones, Chris Smalling dan Juan Mata, yang turun buat pertama kali selepas diketepikan sebelum ini.

"Saya amat menggemari prestasi pemain-pemain saya.

"Kami tewas kerana tidak menjaringkan peluang yang kami miliki. Arsenal amat bertuah dengan gol pembukaan mereka.

"Selain daripada itu, tiada apa yang mengecewakan saya. Pemain-pemain telah memberikan yang terbaik.

"Axel Tuanzebe juga beraksi dengan baik. Saya berasakan dia telah menjalankan tugas dengan baik dan mengawal pergerakan Alexis Sanchez.

"Ini merupakan kali pertama saya tewas kepada Wenger. Mereka menjaringkan gol dan saya meninggalkan stadium dengan melihat kegembiraan buat penyokong-penyokong Arsenal.

"Ia merupakan kali pertama saya melihat penyokong Arsenal tersenyum, saya dapat melihat kegembiraan mereka."

- Sumber dari Awani