WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

SARAWAK MAMPU LAHIRKAN JAGUH BASIKAL

Sarawak berminat mencontohi pendekatan Terengganu untuk membangunkan sukan berbasikal di negeri itu


Back To Sports Updates

BETONG: Sarawak berminat mencontohi pendekatan Terengganu untuk membangunkan sukan berbasikal di negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau yakin dengan latihan yang bersistematik, tidak mustahil akan lahir jaguh sukan berbasikal dari Sarawak satu hari nanti.

Justeru beliau berkata, Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak perlu merangka program untuk meningkatkan lagi pencapaian atlet dalam sukan itu.

"Kita sebenarnya mempunyai ramai pelumba berpotensi terutamanya kalangan bakat baharu.

"Saya percaya jika latihan lebih bersistematik, Sarawak juga mampu melahirkan jaguh lumba basikal negara, seperti Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah Karnival Berbasikal Layar 2017, di sini, hari ini.

Seramai 120 pelumba termasuk dari Terengganu dan Kalimantan Barat, Indonesia mengambil bahagian pada karnival yang julung kali diadakan di Betong itu.

Perlumbaan itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu junior, veteran dan terbuka.

Terengganu yang menghantar pasukan pelapis mengungguli kategori junior manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menguasai kategori terbuka.

Uggah berkata, usaha untuk mencungkil bakat pelumba baharu juga perlu dilaksanakan secara menyeluruh, tidak hanya tertumpu di bandar utama sahaja.

"Sebab itu, saya mencadangkan agar persatuan berbasikal turut ditubuhkan di Betong kerana saya percaya mereka akan membantu mencungkil bakat pelumba di luar bandar," katanya.

- Sumber dari Berita Harian