WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TERTEKAN DENGAN KECEDERAAN PEMAIN

Badai buat Manchester United yang terus dilanda krisis kecederaan pemain


Back To Sports Updates

Badai buat Manchester United yang terus dilanda krisis kecederaan pemain.

Terbaharu, pemain pertahanan Luke Shaw dan Eric Bailly terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan menentang Swansea yang berkesudahan 1-1.

Shaw hanya bertahan selama sembilan minit dalam perlawanan terbabit, manakala Bailly cedera pada pergelangan kakinya dalam separuh masa kedua perlawanan.

Pengus Manchester United, Jose Mourinho berkata, kecederaan Shaw dilihat lebih serius berbanding Bailly.

Perkara ini sekaligus menyebabkan pengurus berasal Portugal itu tertekan dengan situasi kecederaan yang melanda pasukan.

“Shaw pasti cedera teruk, ketika anda keluar setelah 10 minit, itu pasti cedera yang teruk, manakala Bailly pula belum dapat dipastikan.

"Saya rasakan, ketika ini kami jalan ke tandas pun mungkin boleh patah kaki,” katanya.

Barisan pertahanan merupakan paling ramai kehilangan pemain. Sebelumnya, Marcos Rojo, Chris Smalling, Phil Jones, dan Timothy Fosu-Mensah disahkan cedera.

Sebelum ini MU turut kehilangan Zlatan Ibrahimovic dan Paul Pogba.

- Sumber dari Sinar Online