WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ARSENAL HIDUPKAN PELUANG KE LIGA JUARA JUARA

Arsenal menghidupkan peluang untuk menyertai kempen Liga Juara-Juara ke-20


Back To Sports Updates

LONDON: Arsenal menghidupkan peluang untuk menyertai kempen Liga Juara-Juara ke-20 berturut-turut apabila menewaskan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Leicester City 1-0 menerusi jaringan sendiri di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Barisan kendalian Arsene Wenger yang kini memenangi empat daripada lima perlawanan liga dan Piala FA, menguasai hampir keseluruhan babak pertama namun Leicester terlebih dulu memperoleh peluang keemasan menerusi Jamie Vardy dan Riyad Mahrez.

Penjaga gawang Leicester, Kasper Schmeichel menafikan percubaan Theo Walcott sebelum rembatan Alexis Sanchez terkena palang gawang Leicester dan Granit Xhaka juga hampir menjaringkan gol selepas waktu rehat.

Akhirnya usaha Arsenal berjaya apabila percubaan Nacho Monreal pada minit ke-86 menyaksikan Robert Huth melakukan kesilapan tertampan bola masuk ke gawang sendiri sekali gus membenarkan Arsenal memperoleh tiga mata berharga.

Keputusan itu meletakkan Arsenal kini empat mata di belakang kedudukan keempat yang menjanjikan slot ke Liga Juara-Juara.

Leicester pula enam mata di atas zon penyingkiran, hanya selepas 12 bulan mereka merangkul gelaran liga. - Reuters

- Sumber dari Berita Harian