WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PERATURAN POTONG MATA BUKAN PERKARA BAHARU - FAM

Peraturan pemotongan mata kepada pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang gagal menjelaskan tunggakan gaji pemain bukanlah suatu perkara yang baharu


Back To Sports Updates

KUALA LUMPURPeraturan pemotongan mata kepada pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang gagal menjelaskan tunggakan gaji pemain bukanlah suatu perkara yang baharu.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata tiada gunanya sekiranya peraturan yang sedia ada tidak dikuat kuasakan.

"Jika sesuatu peraturan tidak pernah digunakan, lebih baik tak payah ada peraturan.

Peraturan yang ada itu mesti digunakan bagi kita mengemas kini dan setiap pasukan perlu patuhinya serta menghindarkan dari berjangkit ke pasukan lain. Jika tidak, ia akan menjatuhkan liga itu sendiri," katanya menurut laporan Bernama.

Yusoff berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) di sini, Isnin.

Untuk rekod, sebanyak enam pasukan berdepan hukuman pemotongan mata kerana terbabit dengan masalah tunggakan gaji pemain.

Ia membabitkan dua pasukan Liga Super dan empat pasukan Liga Perdana, ia melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM5 juta.

Sementara itu, pada mesyuarat berkenaan, Datuk Kamarulnizam Mohd Sharip berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden PBMM pada pemilihan jawatankuasa bagi penggal 2017-2019.

Tiga lagi muka baharu yang diangkat menjadi naib presiden ialah Ku Besri Ku Aziz dari Perlis, Nudin Awang (Kelantan) dan Datuk Ramlan Askolani (Kuala Lumpur).

Bagi Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, Mohd Firdaus Mohamed masing-masing menang tanpa bertanding.

Wan Adnan yang juga Timbalan Pengerusi Liga Bola Sepak Rakyat (LBR), mengisi kekosongan jawatan Presiden PBMM yang sebelumnya dipangku oleh Ishsam Shahrudin sejak 4 Ogos 2016.

- Sumber dari mStar Online