WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TARIKH TUTUP SUKAN SEA DIBINCANG ESOK

Cadangan mengenai perubahan tarikh majlis penutupan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur yang dijadual pada 31 Ogos, akan dibincangkan


Back To Sports Updates

CADANGAN mengenai perubahan tarikh majlis penutupan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur yang dijadual pada 31 Ogos, akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kuala Lumpur 2017, esok.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat beberapa penyesuaian perlu dilakukan dan keputusan akan dibuat pada mesyuarat itu yang akan dipengerusikan oleh beliau sendiri.

"Kita ada pengumuman mengenai majlis penutupan, ada sedikit penyesuaian yang perlu dibuat. Kita akan bincangkan esok. Saya juga akan dengar mengenai kemudahan yang digunakan untuk Sukan SEA nanti," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penukaran dokumen kerjasama antara Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan AirAsia, di ibu pejabat syarikat penerbangan itu, di sini hari ini.

Tarikh berkenaan dicadang diawalkan sehari untuk menghormati sambutan Hari Raya Aidiladha pada 1 September.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong berkata pihaknya bersedia untuk sebarang keputusan mengenai penukaran tarikh tersebut.

"Setakat ini, kita masih kekal dengan cadangan mengenai tarikh asal sehingga pengumuman dibuat esok. MASOC mengambil kira pelbagai aspek yang mungkin melibatkan banyak perubahan dari segi pertandingan dan persediaan.

"Bagaimanapun, sekiranya perubahan itu melibatkan satu atau dua hari sahaja, kita tidak akan menghadapi banyak masalah. Tiga acara menawarkan pingat yang dijadual pada hari terakhir mungkin diawalkan," katanya.

Mengenai buku teknikal Sukan SEA, beliau berkata pihaknya telah menyiapkan buku tersebut dan kini sedang menunggu kelulusan daripada persatuan-persatuan sukan antarabangsa sebelum dicetak dan diedarkan.

- Bernama