WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

GANDINGAN GOH-TAN TERSINGKIR DI PUSINGAN PERTAMA TERBUKA MALAYSIA

Sokongan peminat yang memenuhi Stadium Perpaduan, Petra Jaya, di sini gagal membantu pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016


Back To Sports Updates

KUCHING: Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tersingkir di pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia selepas dikejutkan pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Or Chin Chung, hari ini.

Sokongan peminat yang memenuhi Stadium Perpaduan, Petra Jaya, di sini gagal membantu pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 yang juga pilihan utama kejohanan, apabila tewas 17-21, 21-23 dalam masa 36 minit.Namun kekecewaan peminat terubat apabila satu lagi pasangan negara, Choo Kah Ming-Low Juan Shen meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe-huei-Lee Yang 22-20, 21-16.

Pasangan Kah Ming-Juan Shen menamatkan permainan dalam masa 37 minit.

- BERNAMA