• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

YIN LOO, CHENG WEN TERKANDAS

Pasangan wanita negara, Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen (gambar) gagal ke pusingan kedua Terbuka Malaysia apabila tumpas di tangan gandingan Indonesia


Back To Sports Updates

Kuching: Pasangan wanita negara, Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen (gambar) gagal ke pusingan kedua Terbuka Malaysia apabila tumpas di tangan gandingan Indonesia, Anggia Shitta Awanda-Ni Ketut Mahadewi Istarani di Stadium Perpaduan, Petra Jaya semalam.

Yin Loo-Cheng Wen memberikan persembahan menarik di set pertama apabila bangkit dari ketinggalan 14-19 untuk mencatat kemenangan 23-21, namun pada set kedua dan penentuan mereka tidak dapat mengulangi aksi cemerlang itu, tumpas 23-21, 11-21, 17-21.

Dalam pada itu, seorang lagi pemain beregu wanita negara, Woon Khe Wei enggan terburu-buru dalam usaha mereka menamatkan penantian bergelar juara dalam saingan kejohanan terbuka selepas kali pertama dan terakhir melakukannya ketika menjuarai Grand Prix (GP) Emas Indonesia pada 2011.

”Kecewa memang kecewa tapi memerlukan masa (untuk bergelar juara semula). Kami tidak boleh terburu-buru dan perlu melakukan yang terbaik bagi menjadi juara.

“Kami tidak boleh terlalu fikirkan mengenai mahu bergelar juara. Seperti saingan Terbuka Switzerland (dua minggu lalu) memang nak sangat melangkah ke final tapi kami gagal fokus dan tewas di suku akhir,” kata Khe Wei ketika ditemui selepas sesi latihan, kelmarin.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 itu yang bergandingan bersama Vivian Hoo akan membuka tirai saingan Terbuka Malaysia menentang pemain daripada pusingan kelayakan Bao Yixin-Yu Xiaohan (China) pada aksi pusingan pertama, hari ini.

Selain Vivian-Khe Wei, turut beraksi di pusingan pertama hari ini Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Joyce Choong-Tee Jing Yi.

- HARIAN METRO