WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

20 KAKITANGAN FAM DITAMATKAN PERKHIDMATAN

Seramai 20 kakitangan pentadbiran dan teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditamatkan perkhidmatan hari ini


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Seramai 20 kakitangan pentadbiran dan teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditamatkan perkhidmatan hari ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata ia bertujuan memastikan badan induk bola sepak negara itu menjaga dan mengawal kewangan serta membolehkan perjalanan organisasi berkenaan mencapai sasaran yang dituju."Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan barisan Exco telah bersetuju untuk menyusun semula struktur organisasi FAM.

"Mereka (kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan) telah dimaklumkan pada hari ini beserta notis dan tiga bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15 April ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua unit dan jabatan di FAM akan diseragamkan serta digabungkan mengikut organisasi yang telah ditetapkan.

- BERNAMA