WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

ARSENE WENGER LANJUT KONTRAK DUA TAHUN

ARSENE Wenger telah menandatangani kontrak selama dua tahun untuk terus kekal bersama Arsenal


Back To Sports Updates

ARSENE Wenger telah menandatangani kontrak selama dua tahun untuk terus kekal bersama Arsenal.

Kolumnis Inside World Football, Matt Sciott mendakwa, jurulatih berusia 67 tahun itu telah menurunkan tandatangan di atas kontrak baharu walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat ketika ini.

Ini kerana Arsenal dikatakan menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman dan tempoh terbaik ketika skuad berkenaan mencatatkan kemenangan.

Pada Sabtu lalu, Arsenal tewas 1-3 kepada West Brom - kekalahan keempat dalam Liga Perdana Inggeris sehingga memaksa kelab itu berada di kedudukan keenam liga.

Pengumuman itu juga dijangka akan menimbulkan kemarahan penyokong Arsenal dari seluruh dunia kerana mereka inginkan Wenger meinggalkan kelab berkenaan.

Kesabaran penyokong kelab tersebut telah sampai ke kemuncak apabila sebuah helikopter ditugaskan untuk membawa mesej menuntut kontrak baru tidak ditawarkan kepada jurulatih kelahiran Perancis itu.