WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

06.00am - 10.00am

PENYOKONG ARSENAL KUMPUL DERMA UNTUK 'HALAU' WENGER

PENYOKONG Arsenal dilapor telah berjaya mengumpul dana sebanyak £2000 (RM10,831) bagi menggerakkan kempen 'menghalau' Arsene


Back To Sports Updates

PENYOKONG Arsenal dilapor telah berjaya mengumpul dana sebanyak £2000 (RM10,831) bagi menggerakkan kempen 'menghalau' Arsene Wenger dari kelab itu pada akhir musim ini.

Jurulatih kelahiran Perancis yang telah memimpin kelab berkenaan selama 20 tahun itu pernah mencipta sejarah kejayaan bersama Arsenal.

Namun kini dia dianggap sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap kemerosotan Arsenal sehingga menjadi mangsa belasahan di peringkat saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dalam kempen itu, kumpulan yang mahukan Wenger meninggalkan kelab berkenaan sedang berusaha mengumpul sebanyak £3000.

Mereka yang bergerak di laman Just Giving telah mula mengumpul dana sejak empat hari lalu dan berjaya mendapat sokongan daripada penyokong Arsenal di serata dunia.