• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

GOL KANTE TEWASKAN MAN UNITED, CHELSEA MARA SEPARUH AKHIR PIALA FA

CHELSEA terus memastikan pasukan itu layak ke separuh akhir Piala FA selepas menumpaskan 10 pemain Manchester


Back To Sports Updates

CHELSEA terus memastikan pasukan itu layak ke separuh akhir Piala FA selepas menumpaskan 10 pemain Manchester United dengan 1-0 pada awal pagi Selasa.

Bertempat Stamford Bridge, gol tunggal itu diraih oleh pemain N'Golo Kante.

Di kubu kuat sendiri, Chelsea menguasai permainan.

Manchester United terpaksa tampil dengan 10 pemain selepas Ander Herrera keluar padang apabila mendapat kad kuning kedua pada babak pertama.

Walaupun menguasai permainan, Chelsea dilihat sukar untuk memecah benteng pertahanan pasukan lawan.

Hasilnya, Chelsea hanya mampu meraih satu gol pada minit ke-51 menerusi aksi Kante.

Ia merupakan gol kedua Kante sejak menyertai Chelsea.

Pada babak separuh akhir, Chelsea akan bertemu dengan Tottenham Hotspur.